Tips PC

Cara Format komputer menggunakan USB (credit to zuarxpdc)
P/S: Click kat gambar kalau korang xnampak dengan jelas.


Pernahkah korang alami kerosakan pada CD/DVD-ROM dan menyebabkan tak dapat menggunakannya untuk format komputer?

Kalau masalah ni berlaku, apa jalan penyelesaiankorang? Kalau yang gunakan Desktop, korang boleh menggantikannya dengan yang baru disebabkan senang untuk pasang.

Kalau menggunakan Laptop, bagaimana? Nak tukar yang baru memang mahal. Mungkin korang boleh beli External CD/DVD-ROM kalau anda mampu.

Tapi, ada jalan penyelesaian lain yang lebih berkesan untuk selesaikan masalah ini jika korang mengalami masalah pada Windows dan tak dapat boot seperti biasa dalam keadaan kecemasan ataupun emergency bak kate orang kampung aku.

Caranya anda boot menggunakan USB seperti pendrive. Pastikan pendrive anda 2GB ke atas untuk Windows XP dan 4GB ke atas untuk Windows Vista dan Windows 7.

Langkah - Langkah:

Pastikan anda dah download software Win To Flash
Buka aplikasi Novicorp WinToFlash. Akan muncul Windows setup transfer wizard.



Pilih tab Task. Pada task type pilih jenis Windows yang korang nak guna. Klik Run.



Wizard Welcome, klik Next lagi.




Basic Parameter. Windows file path (Lokasi Windows contoh CD/DVD-ROM). USB Drive (Lokasi pendrive contoh G: ). Klik Next.



Pilih Accepted dan Continue.




Klik OK. Segala data dalam pendrive anda akan hilang dan akan digantikan dengan Windows.



Tunggu sehingga habis.









Selesai.


10 Perkara menjejaskan komputer


Kemungkinan selepas setahun kita menggunakan komputer, kita akan dapati terdapat beberapa perubahan yang ketara terhadap prestasi komputer kita misalnya selalu 'hang' ataupun operasi yang semakin lambat. Jika kita pengguna yang hardcore pula, masalah ini pasti berlaku lebih awal lagi. Berikut disenaraikan sepuluh perkara yang dirasakan menjadi punca kepada terjejasnya prestasi komputer kita.

1. Mikropemproses mengalami kepanasan melampau

Kepanasan melampau ini terjadi apabila motor kipas yang menjadi penyejuk kepada mikropemproses tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini disebabkan habuk yang terdapat di sekeliling kipas yang menyekat putaran kipas tersebut. Selain daripada itu, mungkin bearing kipas menjadi longgar yang menyebabkan gegaran berlaku pada mikropemproses. Kesannya ialah mikropemproses tidak dapat bekerja dengan baik.

2. Masalah RAM

Terdapat juga RAM yang dari jenis murah yang tidak memenuhi spesifikasi serta mempunyai masalah komposisi cip-cip yang siap terbina. Akibat dari masalah ini, ialah RAM mudah mengalami kepanasan melampau yang menjejaskan keupayaan komputer. Selain daripada itu, masalah "Blue Screen" juga akan lebih kerap berlaku.

3. Cakera keras

Bagi cakera keras pula, masalah-masalah yang menyebabkan terjejasnya prestasi komputer ialah seperti bertambahnya sektor-sektor rosak (bad sector) ketika melakukan proses chkdsk dan scandisk, kerosakan dalaman (intermittent) yang mengakibatkan kegagalan proses boot dan capaian putaran per masa yang rendah yang mungkin tidak sesuai dengan spesifikasi komputer yang digunakan.

4. Konfigurasi BIOS

Pengguna komputer seharusnya tidak terlalu bergantung kepada konfigurasi BIOS 'kilang' sebaliknya perlu mengetahui konfigurasi sistem yang optimum. Ini adalah kerana konfigurasi BIOS yang tidak tepat turut mempengaruhi keupayaan komputer.

5. Pengawal Cakera

Kabel pengawal yang digunakan perlu menepati spesifikasi pengawal cakera yang dipasang. Begitu juga dengan papan ibu (motherboard) yang harus mampu menyokong pengawal cakera. Sebagai contoh pengawal cakera UDMA-66 memerlukan kad khusus untuk dipasang pada papan ibu yang hanya menyokong pengawal cakera UDMA-33. Jika tidak dipasang, ia pasti akan mengundang masalah kepada prestasi komputer.

6. Sistem Operasi

Sistem operasi seperti Windows XP dan Windows 2000 biasanya mempunyai banyak servis yang dijalankan. Servis-servis yang dijalankan jika terlampau banyak akan merencatkan prestasi komputer. Servis yang jarang diguna sepatutnya diberhentikan kerana ia banyak menggunakan sumber tenaga komputer.

7. Proses dan Aplikasi

Proses dan Aplikasi (.exe) yang terlampau banyak digunakan akan menyebabkan komputer menjadi perlahan. Untuk melihat proses dan aplikasi yang sedang dilarikan, pengguna bolehlah klik pada bahagian Windows Task Manager.

8. Fragmentasi Cakera

Fragmentasi cakera berlaku apabila terlalu kerap fail-fail disimpan, dipadam dan ditukar. Ini menyebabkan kandungan fail bertaburan didalam sektor. Fragmentasi juga berlaku apabila kandungan cakera penuh. Seharusnya ruang kosong sebanyak 20% sehingga 25% perlu disediakan bagi mengurangkan masalah fragmentasi ini.

9. Aplikasi latar belakang

Ramai pengguna yang suka melarikan aplikasi latar belakang secara automatik selepas proses boot ataupun permulaan sistem operasi. Aplikasi yang terlalu banyak dilarikan pada satu-satu masa akan menyebabkan komputer menjadi perlahan dan adakalanya menyebabkan 'hang'. Aplikasi-aplikasi yang digunakan ini boleh dilihat pada folder Startup.

10.Sistem fail

Dalam sistem operasi Windows terutamanya NT dan 2000, pemilihan sistem fail iaitu NTFS dan FAT adalah sangat penting. Ini adalah kerana sistem fail ini merujuk kepada saiz dan bilangan kelompok dalam sesuatu cakera. Saiz kelompok yang besar akan meningkatkan prestasi komputer. Kebiasaanya, sistem fail NTFS mempunyai saiz kelompok yang lebih besar berbanding FAT.

Free Software